//Forever Imperfect
Nothing Impossible

Sunday 4 January 2015 @ 17:39 | 0 Comment [s]


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum, Allah lamenye dok mengarang entry. Almaklumlah student. Bekerja as a student ni banyak tanggungjawab, tanggungjawab study, tidur, makan, buat assignment blablabla. (student akan faham student. Hee)

Okaylah, saje je nak mengarang harini. Sebab aku rasa aku nak luah something. Something yang seorang student rasa bila nak exam. Okay esok aku akan duduk atas kerusi dalam dewan peperiksaan dalam erti kata lain, akan exam lah. hek (saje putar belit kenyataan) tapi mesti korang kata “nak exam pun still ada masa nak update entry”. Hei mestilah. dah serabut study ni. Kita seimbangkan otak ni yang dah penuh dengan formula dengan something yang mengarang. Hee

Hm aku nervous sebenarnya esok. serioussss tapi aku kata pada hati “Mu dok yakin dengan Allah ke?” sebab ape aku kate gitu? okay, first memang aku kureng suka subjek ni, sebab banyak sangat nak kena hafal. Ergh gitu tapi kena hadap demi Allah mak ayah demi semua yang nak tengok aku berjaya. Aku nak share satu cerita dengan korang, cerita dari abang Raja. Dok kenal ke siapa abg Raja? hmm rugi sih rugi. Abang Raja tu motivator yang sangat sangat terkenal dan aku suka sangat dia. Sangat. Kalau dengar motivasi dari dia kan nangis lah, sebab dia tak macam kita semua tapi semangat yang dia ada dan keyakinan yang dia ada terhadap Allah dia mampu berjaya macam kita yang sempurna. Dasyat kan?
Cerita yang aku nak cerita ni berlaku time dia form3 dok silap. Sebelum dia PMR dia kena santau dari kawan dia sendiri tau. Dalam tempoh dia sakit tu dia banyak sangat skip kelas, dan time PMR tu dia mari tanpa belajar ape2. Aku ingat lagi time dia cerita exam paper Maths, dia pergi tanpa study pape dan terus duduk jawab exam sebab dia baru baik dari santau tu. Dan dia keluar awal, dan cikgu semua dok percayakan dia amik kertas dia check dan semua jawapan dia jawab tu betul. WOW aku terkejut. sebab mana mungkin budak dah tinggal belajar beberapa bulan tapi dapat jawab macam orang full mari kelas. Orang full mari kelas pun belum tentu dia mampu jawab macam tu kan, tapi tu takde yang impossible kalau Allah nak dia happened. Kan?

So moral of the story, mu dah usaha kan anis, esok pape just yakin dengan Allah. Even sekarang rasa serabut yang amat sangat  macam dok study pape tapi yakin. Allah tu ada. Allah nampak usaha mu, Allah tau apa yang terbaik. (nak nanges) tapi ingat demi Allah mak ayah dan orang yang nak tgk mu berjaya, usaha sampai pengsan orang cakap. Biar akhir tu kita berserah kat Dia. Faham kan? so setakat tu jelah nak share. wish me the best of luck. doakan aku doakan. esok dahlah exam pagi tapi sukalah pagi sebab takdelah nervous nak tunggu kan. Okay assalamualaikumm ;)

suka ingat kenangan ni :)

Tuesday 23 September 2014 @ 17:28 | 0 Comment [s]





Assalamualaikum pembaca yang setia. Hihi
Lama gila dok update blog, takde mood sebenarnya, takde masa( common excuses) tapi betullah. Dah masuk belajar balik ni, yelah almaklumlah dah tahu dua, umur makin menua, perangai pun makin lah tua inshaAllah. Kikiki

Sebenarnya sesaje je nak update ni, kelas habis awal. Ada assignment tapi faham faham jelah petang camni, mood nak study bukan ada pun. Hee okay sebenarnya nak cakap pasal kenangan. Hahaha sebab aku seorang perempuan yang sangat kuat ingatan bab bab kenangan ni. Yelah lumrah, bukan aku mintak pun.

Hmm harini nak cakap pasal jiran aku, nama dia Nur Mahirah. Aku panggil along je sebab dia anak sulung. Hahaa (tu pun nak tanya :p) Since aku pindah rumah tu time darjah4 kan aku sokmo duk lepak dengan dia, makan dengan dia, main dengan dia. Alaa, zaman budak budak normal lah kan. Hahaha dia pandai, seriusss. Aku pun penah jugak study sesama kejap lah. Sebab mind kiteorg nak mainnnn je. Aku jelah haha lepas tu aku ni dulu ganas sikit. Yelah entahlah nak define camne ganas tu. Ganas di kalangan perempuan. Lepas tu kiteorg suka lepak kat depan pintu pagar rumah aku duk usha budak sekolah menengah balik sekolah. Memang kerja kiteorang pun(nakal kan?) HAHAHA

Lepas tu nak dijadikan cerita kan, adelah seorang mamat ni. Nama dia kalau dok silap aku Iskandar Zulkarnain. Kalau dok silap lah. Dia ni sangat lembut dan bawak basikal ala ala gegirl gitu. Kahkah aku dgn along ni memang kerja kacau orang lepas tu duk follow mamat tu sampai ke rumah dia( rumah dia dekat je pun). Naik basikal je tau, dulu mane pandai bawak moto, abg ai ta kasi belajar :( Lepas tu dah tahu rumah mamat tu ni, setiap petang kiteorang sokmo gi lepak rumah Iskandar tu dan sampai satu ketika cewah gitu aku rasa dia syok kat along ni, yelah aku dulu ganas takde org minat lah hahaha lepas tu dia main surat surat tau. aku jadi orang tengah. Nampak tak? adeh susah jadi org tengah tau. Lama jugak lah kiteorg berbalas surat tu(aku just bg surat je okay, mana kenal cintan cintun time tu) lepas tu ada satu surat tu Iskandar cakap dia nak pindah rumah. Jauh jugak tapi aku dok ingat kat mana, lepas tu kiteorang mcm sedih tau sebab kiteorang macam dah rapat sangat dah. Naik basikal sesama. Syok. Tapi sampai time tu aku sedih, Iskandar tu jelah kawan lelaki yg aku ada tau. Aku duduk area perumahan camtu, korang faham faham jelah kan area tu camne, duk berkurung je dalam rumah. susah. Hmm

Sampai satu tarikh yg Iskandar tu betul nak pindah rumah dia langsung dok jumpa kiteorang tau, sampai harini. Dan harini kalau aku ade kat rumah aku still bawak basikal round area rumah dia lepas tu mari teringat. Sedih sangat. Dan lepas pada kes tu aku dan along ni macam main 2orang jelah. Study pun 2orang je. Oh ye dok ingat nak kabo, Iskandar tu time kiteorg darjah 4 dia form two. Ala taraf abang abang lah jugak tp panggil aku mu je ahaha

Lepas 2tahun tu aku dan along macam main gitu jelah. Just kadang kadang sampai lah darjah6, semua dah busy. Along dah jarang study dengan aku. Hm sedih sangat sebab kes tu jadi buat kiteorg dah dok rapat. Lepas tu dapat result UPSR. Haa lagi lah dok rapat. Dia dapat 4A dok silap aku dapat sikit je 2A je. Jadi sekolah pun lain lain. Thennn sampai sekolah menengah kiteorang just cakap camtu je. kalau jumpa baru cakap, salah aku jugak. Aku bawak diri sebenarnya. Kecewa dgn result sendiri padam muka aku jugak. HAHA

Dan puasa tahun ni aku ade lah spent masa sesama pegi solat sunat terawih sesama. Tu pun berapa kali je sebab dia budak poli time tu dia dok cuti. Jadi sejak dari haritu aku slow bercakap. Masa sepupu aku nikah pun dia mari, aku segan sebenarnya sebab yelah dulu rapat lepas tu kurang terus. Raya tahun ni dia mari rumah kakak aku, aku duduk sebelah dia tanya pasal belajar. Serius aku rindu sangat kawan aku tu. Sebab dulu dia lah tempat aku luah perasaan, sedih gelak macam hape pun dia lah. Best tau. And that why sampai sekarang kalau orang tanya aku duduk rumah keluar ke dok aku cakap jarang -- sebab memang jarang. Kalau keluar pun main dengan anak saudara aku lah adik aku lah.

Dengan itu eceh, hihi aku just nak cakap je aku rindu kenangan aku time kecik dulu. Kenangan hitam muka sebab duk berbasikal je memanjang dok kira masa, kenangan kena marah dengan mak sebab sebut perkataan 'b*doh'. haaa hahaha sedih kan? kahkah Sungguh aku rindu. Ni pun teringat pasal jiran aku sebab ternampak fb dia. Laju je aku add tahu. hehe Aku memang jenis yg kuat ingat kenangan serius sebab tu nak bercakap dgn aku kena fikir sebab aku jenis sangat kuat mengingat. Tp bab belajar kurang sikit nak mengingat hahahaha okay tu jelah kot. Okay salam petang. Salam keriangan yang bahagia hahaha. TQ sebab rajin baca :>


Older Post
The Disclaimer

السلام عليكم(!) Anis for nickname. Ayah bekeng plus peramah, mak pulak pandai matematik. Genes mereka aku warisi. الحمد لله untuk kehidupan aku yang serba sederhana, الحمد لله untuk makayah yang caring, الحمد لله untuk adik beradik yang sayang aku, الحمد لله dengan kawan-kawan yang supportive, الحمد لله untuk kurniaanMu ya Allah. 'Kunfayakun'-- aku hanya mampu merancang Allah yang menentukan.

Facebook

Peduli orang kata, baju renyuk pun tak apa, asal pakai selesa.


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


Twitter

Love Them


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!