//Forever Imperfect
Jadual Waktu Organ Badan

Thursday, 5 April 2012 @ 00:25 | 2 Comment [s]

Assalamualaikum :)
kenapa korang pelik ke anis rajin menaip malam ni?hehe . saja je. tetiba je rasa rajin nak menaip. :D sebenarnye anis ada jumpa satu entry ni. bagi anis menariklah kot. tapi tak tahulah bagi korang macam mana. ahh, malas nak membebel panjang-panjang sebab entry ni panjang kot.hoho klik here :)

entry ni pasal jadual anggota badan kita. apa korang ingat kita je ada jadual? haa, badan pun adalah.cuma kita je tak tahu.anis terangkan satu persatu yaa :)



Awal pagi (3:00 am-5:00 am)
paru-paru : ini adalah waktu yang terbaik untuk bangun dari tidur.ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara <memberi satu tenaga yang baru jika mengamal latihan penafasan,yoga serta bertafakur.Mereka yang mengandungi asma tidak patut tidur waktu ini & bole merasai kesukaran untuk bernafas .


Pagi (5:00 am-7:00 am)
usus besar : mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar & mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini,masalah kegugupan bole dihindarkan.


(7:00 am-9:00 am) 
perut : sarapan patut diambil dalam temph masa ini.


(9:00 am-11:00 am)
Limpa : tidak minum & makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat , menambahkan keletihan & mengurangkan tahap pencernaan . Ini lebih terserlah pada penghidap diabetes yang akan merasa kegigilan & mengantuk .


Tengahari (11:00 am-1:00 pm)
Jantung : hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini.tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini.Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen.ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan.


Petang (1:00pm-3:00pm)
Usus kecil : makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5minit .Elakkan dari tertidur .


(3:00pm-5:00pm)
Pundi kencing : sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh .

Senja (5:00pm-7:00pm)
Buah pinggang : ini adalah masa untuk bersantai & rehat dari kerja harian .Jika tidak akan memudaratkan ginjal & jangkitan salur kencing.


Malam (7:00pm-9:00pm)
Dinding jantung : makan malam patut diambil pada waktu ini .Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada .


Lewat Malam (9:00pm-11:00pm)
Inilah adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yg bekerja sejak pagi.Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring & bersedia untuk tidur.Elakkan dari membaca buku , menonton tV atau bekerja .


Tengah Malam (11:00pm-1:00am)
Empedu : waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.


Awal Pagi (1:00am-3:00am)Hati : waktu tidur lena . Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan & badan lesu .


Tulah serba sedikit anis terangkan apa yang akan berlaku pada organ badan kita. sebab tulah Allah menjadikan malam, malam untuk kita & badan berehat. selamat beramal :)




Older Post | Newer Post
The Disclaimer

السلام عليكم(!) Anis for nickname. Ayah bekeng plus peramah, mak pulak pandai matematik. Genes mereka aku warisi. الحمد لله untuk kehidupan aku yang serba sederhana, الحمد لله untuk makayah yang caring, الحمد لله untuk adik beradik yang sayang aku, الحمد لله dengan kawan-kawan yang supportive, الحمد لله untuk kurniaanMu ya Allah. 'Kunfayakun'-- aku hanya mampu merancang Allah yang menentukan.

Facebook

Peduli orang kata, baju renyuk pun tak apa, asal pakai selesa.


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


Twitter

Love Them


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!